web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tertinggal’ Depan Kilang, Kanak-Kanak Perempuan Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 7:15PM

Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang selamat diserahkan kepada ibu bapanya selepas tertinggal di Bukit Bunga, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang tular selepas ‘tertinggal’ di hadapan kilang perabot di Bukit Bunga, di sini, awal pagi tadi ditemukan dalam keadaan selamat dan diambil semula oleh kedua ibu bapanya.

Kanak-kanak berkenaan tertinggal di lokasi itu selepas dikatakan keluar dari kereta pada jam 2.30 pagi ketika ibu bapanya mahu menukar pemandu.

Kisah kanak-kanak tersebut tular di Facebook, apabila dia ditemui tertinggal di Bukit Bunga setelah didakwa terjatuh daripada kenderaan ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan (DSP) Zainuddin Md Yusuf berkata, tiga beranak berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Pokok Sena, Kedah untuk pulang ke kampung mereka di Jeram Linang, Pasir Puteh.

Katanya, ketika ibu bapanya berhenti di lokasi kejadian untuk menukar pemandu, kanak-kanak itu dipercayai sedang tidur di bahagian penumpang belakang.

“Ketika proses menukar pemandu, kanak-kanak itu dikatakan bertindak keluar dan kejadian itu langsung tidak disedari ibu bapanya.

“Kanak-kanak itu kemudian ditemui oleh orang awam yang bertindak melaporkan kepada pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Bukit Bunga lebih kurang jam 3 pagi,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, kanak-kanak terbabit memaklumkan nombor telefon ibu bapanya kepada polis, sebelum dia dijemput keluarganya pagi tadi.

“Kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan selamat dan kes ini dianggap selesai,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa atau penjaga serta orang awam supaya tidak leka dan mengabaikan keselamatan anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 6 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi