web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pusat Jagaan Warga Emas Penyumbang Kluster Tertinggi, 154 Sejak 2020

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 3:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 154 kluster dikenal pasti berlaku di pusat jagaan warga emas sejak 25 Januari 2020 hingga 3 Mac tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut adalah penyumbang tertinggi berbanding kumpulan berisiko yang lain.

Menurut beliau, warga emas ialah golongan paling terkesan dan berisiko untuk dijangkiti COVID-19 atau berdepan komplikasi teruk akibat serangan virus berkenaan.

“Ini adalah kerana daya tahan tubuh mereka rendah, penyakit kronik dihidapi oleh golongan terbabit dan proses penyembuhan atau pemulihan daripada jangkitan COVID-19 yang lebih perlahan dan rumit.

“Kadar kematian warga emas juga lebih tinggi berbanding kumpulan usia lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, warga emas di pusat jagaan juga terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin gagal dikawal jika penghuni dan penjaga tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Golongan ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat COVID-19 berbanding warga emas dalam komuniti.

“Faktor umur, keadaan diri lebih lemah (frail), pelbagai penyakit kronik dihidapi menjadikan mereka paling berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk dan memerlukan kemasukan ke hospital serta kebergantungan tinggi kepada rawatan intensif,” ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data antarabangsa, sebanyak 47 peratus kematian adalah dalam kalangan warga emas yang tinggal di institusi kediaman.

“Seramai 367,522 warga emas telah dijangkiti Covid-19 sejak 19 Mac 2020 hingga 9 Mac 2022, manakala 19,250 kes kematian dilaporkan dalam kalangan mereka sepanjang tempoh sama,” ujarnya.

Beliau menegaskan, golongan berkenaan perlu diberikan suntikan vaksinasi serta diletakkan dalam kumpulan sasaran utama selepas petugas barisan hadapan.

“Sejak 19 April 2021, warga emas mula ditawarkan vaksinasi COVID-19 bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk COVID-19 termasuk kemasukan ke hospital dan kematian.

“Keberkesanan vaksinasi dapat dilihat melalui penurunan kes kematian dalam kalangan warga emas yang telah lengkap divaksinasi dos primer dan dos penggalak pada tahun 2021 berbanding 2020,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, 3,355,784 (91.9 peratus) warga emas telah menerima dos primer vaksin COVID-19 yang lengkap setakat 9 Mac tahun ini.

“Selepas dos penggalak diperkenalkan pada 16 Oktober 2021, seramai 2,472,576 (73.6 peratus) warga emas telah mengambil dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata, sehingga 10 Mac lalu, sebanyak 1,023 institusi atau pusat jagaan warga emas berdaftar atau tidak berdaftar telah dilawati, dan 19,646 penghuni serta 10,173 penjaga telah melengkapkan 2 dos vaksinasi COVID-19 (100 peratus) masing-masing.

“Seramai 11,002 penghuni dan 4,141 penjaga di pusat jagaan warga emas telah menerima dos penggalak  atau 50.8 peratus,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad