web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Negeri Rekod Penggunaan Katil ICU Lebih 50 Peratus - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 12:11PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam negeri merekodkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus, susulan peningkatan semula jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Putrajaya merekodkan penggunaan tertinggi iaitu 167 peratus.

Menurut beliau, Kelantan mencatatkan 69 peratus daripada 48 katil diikuti Johor (68 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus), Selangor (58 peratus) dan Perak pada kadar 53 peratus.

“Bagi katil bukan ICU pula, sebanyak 12 negeri melaporkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu Selangor 109 peratus, Kuala Lumpur 95 peratus, Perlis 91 peratus dan Perak 91 peratus.

“Terengganu mencatatkan 91 peratus, Putrajaya 86 peratus, Sarawak 78 peratus, Kelantan 76 peratus, Melaka 74 peratus, Johor 62 peratus, Pahang 58 peratus dan Pulau Pinang 56 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hanya Melaka merekodkan pengisian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pada kadar 50 peratus setakat semalam.

Pada masa sama beliau memaklumkan, bilangan pesakit COVID-19 yang memerlukan alar bantuan pernafasan menurun kepada 211 semalam.

“Terdapat juga kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

“Setakat semalam sebanyak 1,868 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan 753 kes atau 40 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 1,115 kes atau 60 peratus adalah kategori 1 dan 2,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pandemik WHO, Pengalaman Seumur Hidup Dr Noor Hisham

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

DoctorsMalaysia Rancang Mogok, Dr Noor Hisham Nasihat Jangan Teruskan Kerana…

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Trend Menurun Untuk Kemasukan Pesakit COVID-19 Ke Fasiliti Kesihatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad