web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:40PM

Difahamkan, DoctorsMalaysia menggesa supaya pegawai perubatan kontrak di seluruh negara tampil menyertai mogok selama tiga hari pada 3 hingga 5 April. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran mogok, terutama secara tidak terancang boleh menyebabkan perkhidmatan kesihatan di negara ini terjejas selama tempoh ia diadakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia memandangkan perkhidmatan kesihatan adalah servis kritikal kerana membabitkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, kesihatan juga adalah satu daripada hak asasi manusia, justeru perkhidmatan sektor itu perlu terus diutamakan.

“Lazimnya ia (mogok) dianjurkan untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pihak berkaitan, namun perkara itu perlu ditimbang dengan teliti.

“Maka saya berpandangan mogok, terutama secara tidak terancang, mungkin bukan suatu jalan penyelesaian yang terbaik terhadap apa jua permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perancangan sekumpulan doktor dikenali DoctorsMalaysia, yang menggesa supaya pegawai perubatan kontrak di seluruh negara tampil menyertai mogok selama tiga hari pada 3 hingga 5 April.

Gesaan itu dibuat menerusi maklumat dikongsikan di Instagram DoctorsMalaysia semalam.

Dr Noor Hisham - Gambar Bernama
Dr Noor Hisham - Gambar Bernama

Dr Noor Hisham berkata, petugas kesihatan juga seharusnya dianggap sebagai kerjaya kritikal.

Katanya, ia disebabkan kompleksiti kerjaya, cabaran, risiko dan jerih perih perlu dihadapi anggota kesihatan itu dalam menjalankan tugasan serta tanggungjawab mereka.

Pada masa sama, ujarnya, perkhidmatan kesihatan adalah penyumbang terbesar kepada kemakmuran serta pertumbuhan ekonomi negara.

“Tanpa sistem kesihatan utuh dan warga kerja perkhidmatan kesihatan yang terus memberikan perkhidmatan, tidak mungkin negara boleh terus maju ke hadapan,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, pandemik COVID-19 memperlihatkan realiti bahawa tanpa sistem kesihatan berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak dengan baik.

Ujarnya, tanpa sistem itu juga, orang ramai tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa.

Kemakmuran dikecapi Malaysia dan penduduk hari ini, katanya, sudah tentu banyak disumbangkan pakar dan anggota kesihatan di pelbagai peringkat, sama ada di sektor pencegahan atau kesihatan awam.

“Ini termasuk mereka yang bertugas di sektor klinikal serta penyelidikan.

“Masing-masing mempunyai peranan sangat penting dan berkat pengorbanan dilakukan anggota kesihatan sebelum ini, rakyat dapat menjalankan pekerjaan mereka semula, kita dapat berkumpul beramai-ramai serta Ramadan dapat disambut, kegembiraan perayaan dapat dirasai dan pelbagai lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkhidmatan kesihatan seharusnya terus berdaya tahan kerana cabaran pada masa depan, termasuk risiko krisis atau pandemik mungkin lebih hebat dan kompleks daripada dilalui sebelum ini.

Jelasnya, ia kerana petugas aset utama perkhidmatan kesihatan yang perlu terus diberi perhatian sewajarnya.

Kerajaan dari semasa ke semasa, katanya, memberi maklum balas atau bertindak terhadap permasalahan serta permintaan ditimbulkan anggota kesihatan.

“Antaranya mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan kewujudan gred UD56 untuk pakar perubatan serta skim kesihatan lain ditambah baik.

“Kerajaan dari semasa ke semasa terus berusaha memastikan segala permasalahan dan permintaan diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya, berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

“Seperti dilihat, perkhidmatan kesihatan terus diberi keutamaan dan melalui Belanjawan 2023, demi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan negara ini,” katanya.

Bukan setakat itu, Dr Noor Hisham berkata, skim kesihatan lain juga diambil peduli dan ditambah baik.

“Semoga perkhidmatan kesihatan dapat terus diperkukuhkan dalam tahun mendatang.

“Namun, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa mogok bukan jalan penyelesaian terbaik dan permasalahan timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara lebih berhemah,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pekerja Lapangan Terbang Frankfurt Lancar Mogok Pada Khamis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran