web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Macau Scam, 26 Kertas Siasatan Dibuka, Kerugian RM1.3 Juta Di Ipoh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 9:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sejumlah 26 kertas siasatan dibuka Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kes penipuan “Macau Scam” membabitkan anggaran kerugian RM1.3 juta bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata berdasarkan aduan diterima pihaknya pelbagai modus operandi yang digunakan anggota sindiket berkenaan untuk memerangkap mangsa penipuan, antaranya penjenayah akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai bank, pegawai penguat kuasa atau pegawai mahkamah.

"Kebiasaannya, penjenayah akan memalsukan nombor telefon agensi penguat kuasa sebenar seperti nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau mana-mana Ibu Pejabat Polis Kontinjen atau daerah dengan membuat panggilan telefon kepada mangsa menggunakan komputer di mana skrin telefon bimbit mangsa akan memaparkan nombor yang dipalsukan oleh penjenayah," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Yahaya berkata, mangsa akan dimaklumkan kononnya mereka terlibat dalam kes jenayah, kemalangan maut, mempunyai hutang, tunggakan bayaran cukai pendapatan atau waran tangkap mahkamah seterusnya mangsa akan diarahkan untuk membuat pembayaran atau pemindahan wang dalam masa yang singkat. 

Beliau berkata sekiranya mangsa tidak membuat pembayaran, mangsa diugut akan ditahan atau harta benda mangsa akan disita oleh pihak berkuasa serta penjenayah juga akan memberi amaran tegas kepada mangsa supaya tidak membuat laporan polis atau memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarga untuk mengelakkan ianya diketahui umum.

"Dengan ini, polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berwaspada apabila menerima panggilan sebegini dan jangan sesekali memberikan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, maklumat akaun bank atau membuat sebarang pembayaran melalui bank. 

Polis menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa peka dan mengambil maklum berkenaan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah penipuan Macau Scam tersebut," katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad