web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Keperluan Kaji Semula Harga Siling Kit Ujian Kendiri COVID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 1:15PM

Kerajaan akan meneliti keperluan untuk mengkaji semula harga siling kit ujian kendiri RTK-Antigen COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti keperluan mengkaji semula harga siling untuk Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Kit Ujian Kendiri) di pasaran yang dilihat antara barang keperluan rakyat ketika ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan 2021 pada 24 November tahun lepas dan telah dikuatkuasakan pada 1 Disember bagi memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

“Kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan dan kepentingan pengguna terutama dari aspek kecukupan bekalan di pasaran serta mendapatkan harga pelitup muka dan kit ujan kendiri pada harga yang tidak membebankan.

“Sehubungan itu, penguatkuasaan, pemeriksaan dan pemantauan oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) sentiasa dilakukan ke atas item berkaitan di setiap peringkat seperti pengilang, pemborong dan peniaga,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai adakah kementerian akan mengkaji semula dan mengurangkan harga siling pelitup muka serta kit ujian kendiri COVID-19, seterusnya menetapkan harga siling oximeter dan penyukat suhu yang menjadi barangan keperluan ketika ini.  

Menjawab cadangan Cha berkaitan penetapan harga siling bagi peranti oximeter dan penyukat suhu, Nanta berkata ketetapan harga bagi peranti itu akan dilaksanakan sekiranya perlu. 

Menjawab soalan tambahan mengenai usaha kerajaan dalam mengawal kualiti barangan bagi pelitup muka dan Kit Ujian Kendiri di pasaran, Nanta berkata kementerian itu sedang memperhalusi perkara berkenaan bagi memastikan kualitinya bertaraf standard perubatan.

“Bukan sekadar harga sahaja (yang dipantau) tetapi juga kita ingin memenuhi kualiti. Perkara itu sedang kita teliti dan akan wartakan standardnya nanti.

“Berhubung dengan Kit Ujian COVID-19 tadi, sememangnya ia di bawah bidang kuasa MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi kementerian ini akan terus bekerjasama dengan MDA untuk memantau secara berterusan berhubung perkara itu bagi memastikan peranti ini berkualiti (di pasaran),” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad