web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rapatkan Saf Solat, Masih Belum Dibincang Di Kebanyakan Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:55PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal apabila negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April ini, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.

Di KEDAH, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata ketetapan baharu mengenai perkara itu adalah tertakluk kepada perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

“Buat masa ini mesyuarat bagi menentukan perkara itu masih belum diadakan," katanya.

Di PERAK, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusannya akan dimaklumkan kelak.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata meskipun perbincangan belum dibuat, pihaknya bersedia untuk mengikut saranan berkenaan.

"Kami belum buat keputusan lagi berhubung aktiviti di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal, namun secara dasarnya jika itu (cadangan) yang disyorkan, kami akan ikut ke arah tersebut,” katanya.

Di TERENGGANU, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata ketetapan berhubung pemansuhan penjarakan fizikal bagi solat jemaah di semua masjid dan surau di negeri itu masih belum diputuskan, dan menegaskan ia hanya boleh ditentukan dengan perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Di PERLIS, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata kerajaan negeri menunggu perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berhubung kelonggaran baharu itu.

Di SARAWAK, Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Islam Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ketetapan solat jemaah tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

Beliau berkata buat masa ini, prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan MIS berkuat kuasa 7 Januari lepas berhubung aktiviti solat di masjid dan surau di Sarawak masih terpakai.

Bagaimanapun, di sebalik kebanyakan negeri masih belum membincangkannya, PAHANG menjadi satu-satunya negeri yang telah bermesyuarat bagi membincangkan perkara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain ketika dihubungi memaklumkan ketetapan berhubung pemansuhan jarak bagi solat jemaah di negeri ini, telah dibincangkan dan perinciannya akan dimaklumkan kepada orang ramai selewat-lewatnya pada minggu depan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ 1 April ini.

Ismail Sabri berkata pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 36 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad