web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggiat Pelancongan, Kebudayaan Harus Bersedia Terima Pelancong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 1:10PM

Pembukaan sempadan negara kepada pelancong luar mulai 1 April ini akan merancakkan kembali pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persiapan awal perlu dilakukan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan bagi memastikannya lebih bersedia menerima kemasukan pelancong dari luar negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihak berkenaan perlu lebih kreatif untuk mempromosi dan memasarkan produk serta lokasi pelancongan tempatan di mata dunia.

“Keputusan pembukaan sempadan negara kepada pelancong luar ini berupaya merancakkan kembali pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19, terutama yang membabitkan keseluruhan rantaian pemain industri pelancongan, seni dan budaya di Malaysia.

“MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) kekal optimis industri ini akan kembali bangkit dan berupaya menjadikan Malaysia popular semula dalam kalangan pelancong antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 dan melaksanakan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini.

Nancy berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, selain menyifatkannya sebagai berita gembira buat penggiat industri pelancongan.

“Berita ini memberi peluang untuk menjana semula sektor pelancongan antarabangsa selepas dua tahun pandemik melanda.

“Pihak MOTAC akan sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong usaha semua agensi kerajaan yang terbabit bagi menjayakan pembukaan semula sempadan negara kelak,” ujarnya. - Getaran, 9 Mac 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad