web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NADMA Pertimbang Bantuan Kematian Akibat Long COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 11:48AM

NADMA tiada halangan untuk mempertimbangkan bantuan untuk kematian akibat long COVID-19 selagi sijil kematian dikemukakan memenuhi syarat ditetapkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedia mempertimbangkan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada individu yang meninggal akibat Long COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, memaklumkan bantuan itu boleh dipertimbangkan sekiranya sijil kematian individu terbabit menunjukkan kematiannya disebabkan COVID-19.

“NADMA tiada halangan untuk mempertimbangkan bantuan ini kepada mereka yang meninggal akibat kesan Long COVID-19 selama mana sijil kematian dikemukakan memenuhi syarat ditetapkan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah berhubung tindakan NADMA meluluskan sebanyak 17,867 permohonan yang layak dan lengkap dengan jumlah bayaran sebanyak RM89.335 juta, setakat 28 Februari lalu.

Dr Abdul Latiff Ahmad - Gambar fail
Dr Abdul Latiff Ahmad - Gambar fail

Abdul Latiff berkata, NADMA tidak boleh mempertimbangkan pemberian bantuan kepada waris tanpa permohonan kerana pembayaran bantuan adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun bank waris.

“Lantikan atau pemilihan waris yang akan menerima bantuan terbabit bagi pihak, perlu dipersetujui dalam kalangan ahli keluarga terlebih dahulu bagi mengelakkan timbulnya sebarang isu di pihak kerajaan,” katanya.

Terdahulu, NADMA memaklumkan, waris kepada individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 boleh membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 sebanyak RM5,000.

NADMA memaklumkan bantuan wang tunai secara sekali bayaran itu akan diberikan kepada waris yang memenuhi syarat ditetapkan.

Bagi mereka yang belum membuat permohonan bantuan khas pengurusan kematian COVID-19, diminta meneliti syaratnya di laman sesawang NADMA. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad