web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembukaan Sempadan Dedah Sabah Kepada Jangkitan COVID-19 Dari Filipina-Indonesia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 7:20PM

Khairy (tengah) merasmikan Field Hybrid Intensive Care Unit (Unit Rawatan Rapi) di Hospital Besar Tawau yang bernilai RM6.25 juta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pembukaan sempadan negara bakal mendedahkan Sabah kepada jangkitan COVID-19 daripada penduduk negara jiran, khususnya Filipina dan Indonesia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini berikutan kadar vaksinasi di dua negara jiran itu masih rendah dibandingkan Malaysia.

"Lebih-lebih lagi daerah yang bersempadan dengan Malaysia seperti Selatan Filipina, Kalimantan dan sebagainya. Kita mengandaikan kedudukan daerah ini yang jauh dari ibu kota negara masing-masing, kadar vaksinasi mereka adalah rendah," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Menurut beliau, esok, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara.

"Pembukaan sempadan ini akan menyebabkan warga asing lebih bebas keluar dan masuk Malaysia.

"Justeru, Sabah perlu meningkatkan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai perlindungan mengurangkan risiko kesan teruk jangkitan," katanya.

Tambahnya, risiko jangkitan COVID-19 daripada warga asing yang masuk ke Malaysia masih berlaku memandangkan status vaksinasi mereka tidak dapat dipastikan.

Terdahulu, Khairy merasmikan program Mass Cataract Surgery Initiative (MCSI) 2202 di Dewan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Tawau.

Turut hadir Menteri Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahhelmy Yahya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Mengulas mengenai program MCSI yang dijalankan di daerah ini,  Khairy berkata, ia adalah inisiatif KKM dalam menyelesaikan masalah pembedahan katarak di Hospital Besar Tawau (HBT).

Katanya, KKM sudah membawa 17 pakar Oftalmologi untuk menjalankan pembedahan tersebut bermula hari ini.

“Kita sasarkan sebanyak 200 kes pembedahan katarak dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu, sekali gus mengatasi kes tertunggak di HTB,” katanya. - Getaran, 7 Mac 2022

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik