web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Terengganu Siasat Insiden 20 Kucing Mati Diracun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 12:29PM

Anggota dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu menggali semula bangkai kucing yang ditanam untuk mengambil sampel untuk dianalisa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BESUT - Pihak polis mengesahkan akan membuka kertas siasatan berhubung kematian 20 kucing, dipercayai akibat diracun, di kawasan peranginan sekitar Pantai Bukit Keluang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, siasatan tersebut adalah susulan daripada laporan dibuat seorang individu.

“Pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan sekitar jam 10 pagi untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Khianat ke atas Binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pengadu percaya kematian haiwan berkenaan berpunca daripada perbuatan khianat individu atau kumpulan tertentu.

Katanya, pihak Penguatkuasaan dan Teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu turut di lokasi kejadian semalam.

“Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang cedera parah di bahagian perut.

“Lima belas kucing disahkan mati manakala dua lagi masih berada dalam keadaan kesakitan,” katanya.

Kesemua bangkai kucing yang telah ditanam itu telah digali semula bagi mengambil sampel untuk dianalisa. - Getaran, 7 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ni Baru Betul Majikan, Kasi Buai Satu Kali!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad