web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SOP Lengkap, Kuota Haji Dibincangkan 18 Mac

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 9:08PM

Idris (kiri) menyampaikan sijil kecemerlangan kepada seorang pelajar Maahad Tahfiz di Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua urusan berkaitan ibadat haji dan umrah hanya boleh dimuktamadkan selepas pertemuan antara wakil semua negara Islam dan kerajaan Arab Saudi yang dijadualkan pada 18 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui sepucuk surat, hujung minggu lalu.

“Insya Allah, saya baru sahaja dapat surat daripada Menteri Haji dan Umrah (Arab Saudi) dan ia bertujuan membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Beliau panggil semua negara, kebetulan Menteri (Haji dan Umrah) baru bertukar dan saya akan ke sana 18 Februari ini.

“Semua butiran lanjut hasil pertemuan itu kita akan maklumkan, termasuklah hal berkaitan kuota haji,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri, dekat sini, petang tadi.

Menteri Haji dan Umrah baharu Arab Saudi ialah Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, menggantikan Essam Saeed yang sebelum itu dilantik selepas kerajaan Arab Saudi memecat Dr Muhammad Salleh Benten Mac tahun lalu.

Kementerian Haji dan Umrah negara itu mengumumkan kelonggaran untuk tidak lagi mewajibkan permit bagi ziarah dan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula semalam.

Bagaimanapun menurutnya, tiada perubahan untuk permit umrah dan ziarah Raudhah.

“Ia masih diwajibkan seperti syarat tertera dalam aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna,” katanya.

Kementerian tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik pada laman Twitter rasminya juga menamatkan arahan penjarakan sosial dan fizikal di dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pemakaian pelitup muka pula masih diwajibkan di kawasan tertutup di kedua-dua masjid suci berkenaan.

Menurut kementerian itu lagi, kanak-kanak bawah 5 tahun turut dibenar memasuki perkarangan Dua Masjid Suci.

Sementara itu, Idris ketika diminta mengulas mengenai status vaksinasi dalam kalangan pelajar maahad tahfiz berkata, beliau meminta ibu bapa yang belum mendaftar anak mereka bagi mendapatkan vaksin COVID-19 supaya segera berbuat demikian.

“Ia (vaksin) adalah antara usaha kita untuk melindungi dan mencegah daripada jangkitan (COVID-19), jadi saya sarankan mereka (ibu bapa) segera mendapatkan vaksin untuk anak mereka,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad