web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bohong Makan Diri, Pemilik Kilang Ambil PATI India Diserbu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 5:26PM

Sebahagian daripada 64 warga India yang ditahan kerana bekerja di sebuah kilang di Senai, Kulai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Cubaan seorang pemilik kilang untuk berdalih, kononnya tidak tahu pekerja warga India dilarang bekerja di premis seumpama itu memakan diri, apabila 64 pekerjanya ditahan, malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) dari India itu didaftarkan di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Menurut beliau, mereka ditahan dalam serbuan yang dijalankan kira-kira jam 10.30 malam tadi.

“Mengikut dasar kerajaan, pekerja negara terbabit hanya dibenarkan berkhidmat di bawah sektor pembinaan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan.

“Tidak pernah lagi dalam serbuan di kilang sebelum ini, begitu ramai warga India diambil bekerja.

“Kita syak mungkin kilang ini menggunakan perkhidmatan ejen untuk mendaftarkan pekerja di bawah rekalibrasi, katanya selepas mengetuai Op Mega Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Khairul Dzaimee berkata, slip pendaftaran RTK dimiliki menunjukkan kesemua pekerja terbabit didaftarkan pada April 2021.

“Sekarang sudah Mac 2022, maknanya hampir setahun mereka bekerja di situ,” katanya.

Selain 64 pekerja berkenaan, JIM katanya turut menahan 16 warga Nepal, tiga rakyat Myanmar dan dua dari Bangladesh yang tidak mempunyai sebarang dokumen.

Beliau berkata, semua PATI lelaki berusia 25 hingga 40 tahun itu dibawa ke lokap Imigresen di Setia Tropika untuk siasatan lanjut.

“Sekiranya majikan boleh membuktikan mereka memiliki dokumen sah, pekerja itu akan dibebaskan.

“Namun, siasatan lanjut akan dibuat terhadap PATI warga India, untuk melihat bagaimana mereka boleh diambil bekerja di sini dan sekiranya kesalahan dapat dibuktikan, maka majikan perlu hantar semuanya pulang ke negara asal,” katanya.

Terdahulu, Khairul Dzaimee berkata, JIM turut menahan 16 wanita warga asing terdiri daripada 14 warga Thailand dan masing-masing seorang dari Laos serta Myanmar yang bekerja di sebuah spa.

“Mereka sebenarnya masuk ke negara ini sebagai pelancong pada 2019 tetapi atas faktor COVID-19, mereka terkandas kerana tiada penerbangan dan pintu masuk negara masing-masing ditutup.

“Imigresen memang beri kemudahan kepada pelancong asing yang sah dan tidak dapat pulang ke negara asal untuk terus kekal sehingga bulan ini, tetapi saya percaya semua wanita yang ditahan ini hanya mengambil kesempatan,” katanya.

Difahamkan, semua wanita asing yang bekerja di pusat kecantikan terbabit turut menawarkan perkhidmatan pelacuran dengan harga antara RM200 hingga RM350 setiap pelanggan. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad