web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Sejuta Kanak-Kanak Ambil Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 12:41PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih sejuta atau 28.3 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, setakat semalam.

Imunisasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) itu setakat ini telah membabitkan 1,003,227 kanak-kanak.

Menurut data dari laman web COVIDNOW, sejumlah 14,984,241 individu atau 63.7 peratus populasi dewasa di negara pula sudah menerima dos penggalak COVID-19.

Seramai 22,927,098 atau 97.4 telah melengkapkan vaksinasi, manakala  23,203,753 atau 98.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 2,830,746 atau 91 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,930,978 atau 94.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 68,081 dos vaksin diberikan semalam meliputi 29,714 dos pertama, 903 dos kedua dan 37,464 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,672,349.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, Kelantan adalah antara negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi kurang daripada 10 peratus di bawah program PICKids.

Dilaporkan bahawa sejumlah 904,368 atau 25.5 peratus daripada 3.6 juta kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima satu dos vaksin setakat 1 Mac.

Program PICKids untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di lancarkan 3 Februari lalu manakala di Pahang bermula 7 Februari. - Getaran, 6 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad