web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Video Tular Tasik Kenyir, Puing Kayu Bukan Kerana Pembalakan Haram - Pengarah 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 10:51AM

Jabatan Perhutanan Negeri menafikan wujudnya pembalakan haram di sekitar Tasik Kenyir, seperti tular di media sosial sebelum ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU TERENGGANU - Jabatan Perhutanan Negeri menafikan wujudnya pembalakan haram di sekitar Tasik Kenyir seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata, video tular yang mendakwa Tasik Kenyir dipenuhi puing kayu dan balak kerana pembalakan haram adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau berkata, sekitar kawasan Tasik Kenyir dilanda beberapa insiden tanah runtuh susulan hujan berterusan sejak Ahad lepas.

“Semasa tanah runtuh itu atau kepala air, terdapat juga pokok yang tumbuh berhampiran tumbang bersama tanah dan sampah-sarap lama.

“Ia termasuk  sisa kayu ranting yang mati dan turun sekali ke dalam sungai. Itu membuatkan keadaan nampak seperti seolah-olah penuh dengan puing tapi sebenarnya tiada pembalakan haram yang berlaku,” katanya kepada media.

Tambahnya, situasi yang berlaku di Tasik Kenyir hampir sama seperti banjir di Bentong pada tahun lepas, yang berpunca daripada gelinciran tanah runtuh sehingga menyebabkan banjir puing.

"Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan membuat kajian lebih mendalam untuk melihat kesan runtuhan tanah di kawasan sekitar Tasik Kenyir.

“Insyaallah kita akan buat semakan lanjut, termasuk cuba menanda kawasan yang terdapat tanah runtuh ini dengan mengambil gambar dan koordinat," katanya.

Jabatan Perhutanan negeri, jelas Roslan lagi, akan membuat pemetaan pelan untuk perancangan dan mengenal pasti tindakan selanjutnya, bagi mengambil langkah lebih baik ke atas semua kawasan terjejas.

Sebelum ini tular sebuah video menunjukkan keadaan di Tasik Kenyir yang dibanjiri puing kayu dan balak.

Ia mengundang kemarahan rakyat yang menggesa kerajaan negeri membuat siasatan segera jika benar berlaku pembalakan haram di sekitar kawasan tersebut.

Terengganu berdepan dengan musibah banjir gelombang kelima, yang disifatkan paling terburuk pernah berlaku dengan jumlah mangsa hampir mencecah 20,000. - Getaran, 3 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad