web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ihsan RM1,000 Kepada 7,651 Keluarga Terjejas Banjir Kelantan, Terengganu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 9:19PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas di Pasir Mas, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Kerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap daripada 7,651 keluarga yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan disalurkan segera.

Katanya, jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan adalah seramai 9,056 orang membabitkan 2,995 keluarga dan 17,641 orang (4,656 keluarga) di Terengganu setakat ini.

“Bantuan itu akan diberikan secepat mungkin dan kalau boleh diagihkan sebelum kesemua mangsa di PPS pulang.

“Penduduk terjejas banjir, tetapi tidak berpindah ke PPS juga akan diberikan bantuan wang ihsan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas di sini, hari ini yang menempatkan 808 mangsa.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ismail Sabri berkata, bantuan RM10,000 turut diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat banjir, termasuk empat di Kelantan.

Menurutnya, kerajaan juga akan membina rumah baharu bagi kediaman mangsa banjir yang musnah sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Setakat ini, jelasnya, terdapat lima rumah musnah di Kelantan akibat kejadian terbabit dan beliau meminta mangsa lain yang berdepan kemusnahan kediaman supaya melaporkannya kepada pejabat daerah atau pemimpin setempat.

“Tiga kategori bantuan untuk membaik pulih kediaman mangsa disediakan kerajaan, iaitu kerosakan di bawah kos RM5,000, kerosakan antara RM5,000 hingga RM15,000 dan musnah sepenuhnya.

“Bantuan ini akan disegerakan untuk membantu dan memberi keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad