web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Penerima Vaksin PICKids Dilapor Alami AEFI Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 8:36PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya dua kes membabitkan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius dalam kalangan penerima vaksin kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dilaporkan setakat 25 Februari lalu.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Roshayati Mohamad Sani berkata, daripada 751,928 dos vaksin diberikan kepada golongan terbabit melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) itu, NPRA hanya menerima 94 laporan AEFI bersamaan kadar 0.1 peratus laporan bagi setiap 1,000 dos.

“Daripada jumlah ini, majoriti 97.9 peratus adalah kesan tidak serius.

“Kesan paling kerap dilaporkan, termasuk demam, stres terhadap suntikan atau proses vaksinasi, reaksi kegatalan pada kulit, pening dan sakit kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Roshayati berkata, kadar pelaporan AEFI dalam kalangan penerima vaksin kanak-kanak di Malaysia adalah setara dengan data di Amerika Syarikat membabitkan golongan terbabit, iaitu 0.5 laporan bagi setiap 1,000 dos, manakala Australia (0.7 laporan bagi setiap 1,000 dos) dan Singapura (1.2 laporan bagi setiap 1,000 dos).

“Secara keseluruhan NPRA menerima sejumlah 25,445 laporan AEFI vaksin ini, mencakupi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan PICKids yang perlu dinilai, termasuk 1,275 laporan membabitkan penerima dos penggalak,” katanya.

Beliau berkata, hanya 90 laporan atau 7.06 peratus daripada jumlah laporan AEFI diterima bagi dos penggalak yang diklasifikasikan sebagai serius, iaitu bersamaan kadar 6.3 laporan bagi setiap satu juta dos.

“Manakala sebanyak 45 laporan AEFI, membabitkan kematian dalam kalangan penerima dos penggalak,” katanya.

Menurut Dr Roshayati berkata, Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) menjalankan penilaian ke atas 22 laporan yang lengkap penyiasatan dan mendapati kematian itu tiada hubung kait dengan vaksin diterima.

Ujarnya, sebanyak 23 laporan masih dalam proses penyiasatan sebelum dibentangkan untuk penilaian JFK.

“NPRA menerima semua jenis laporan AEFI yang disyaki atau berkemungkinan disebabkan vaksin.

“Statistik disediakan berdasarkan semua laporan AEFI diterima, menyaksikan hubung kait antara kesan advers dengan vaksin diambil belum dinilai dan disahkan,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad