web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Kapasiti Katil Pesakit ICU COVID-19 Melebihi Separuh, Putrajaya Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 4:02PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan kapasiti katil membabitkan pesakit COVID-19 bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) di Putrajaya menunjukkan kadar paling tinggi berbanding negeri lain, iaitu 67 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 65 peratus.

Ujarnya, data itu disusuli Johor dan Melaka, masing-masing 63 peratus, Kelantan (58 peratus), Perlis (55 peratus), Selangor (55 peratus) Selangor dan Sabah (65 peratus).

“Bagi penggunaan kapasiti katil bagi pesakit bukan ICU pula, sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar melepasi 50 peratus, iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing 94 peratus, Perak (90 peratus), Putrajaya (86 peratus), Selangor (81 peratus), Perlis (78 peratus) dan Pahang (73 peratus).

“Johor merekodkan 66 peratus, Terengganu (62 peratus), Pulau Pinang (60 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak 52 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan, hanya Melaka menunjukkan penggunaan kapasiti katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) melebih 50 peratus, iaitu 60 peratus.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, meningkat kepada 213 pesakit dan peratusan penggunaannya adalah sebanyak 36 peratus. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik