web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Positif COVID-19 Meningkat, Rekod 152 Pesakit Kategori 3, 4 dan 5

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 1:59PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes positif COVID-19 yang direkodkan semalam menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 25,854 kes, berbanding 23,100 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 152 kes atau 0.59 peratus daripada kes baharu itu membabitkan kategori 3, 4 dan 5, manakala 25,702 (99.41 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Menurutnya, jumlah baharu itu menjadikan kes kumulatif COVID-19 di negara ini mencecah 3.46 juta sejak ia melanda negara pada Mac 2020.

“Daripada 152 kes kategori 3, 4, dan 5 dilaporkan semalam itu, 25 kes atau 16.45 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“Sebanyak 89 kes (58.55 peratus) sudah mendapatkan dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum menerima dos penggalak, manakala 38 kes (25 peratus) menerima dos penggalak.

“Seramai 65 kes membabitkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas, dan 51 kes komorbid serta satu kes ibu hamil,” katanya.

Menarik perhatian, beliau memaklumkan, sejumlah 25,548 kes sembuh turut direkodkan semalam, menjadikan kumulatifnya adalah 3.14 juta.

Jelasnya, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital semalam adalah 1,754 kes dengan 575 kes atau 32.8 peratus daripadanya membabitkan kategori 3, 4 dan 5 serta 1,179 kes (67.2 peratus) kategori 1 dan 2.

Beliau berkata, terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital, berbanding kes kategori 1 hingga 5 yang baru didiagnos pada setiap hari.

“Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19,” katanya.

Pada masa sama, tujuh kluster baharu dan 475 kluster aktif direkodkan semalam, menjadikan jumlah kes kluster adalah sebanyak 6,789, setakat ini. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja