web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Tapis Khas Polis Pahang, Remaja 15 Tahun, 6 Pengedar Diberkas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 8:03PM

Ramli (kiri) menunjukkan lokasi serbuan dalam Op Tapis Khas Kontinjen Pahang yang bermula Rabu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang remaja berusia 15 tahun dan enam pengedar dadah antara 447 yang berjaya ditahan dalam Op Tapis Khas Polis Pahang, bermula Rabu lalu.

Remaja lelaki yang sudah tidak bersekolah itu diberkas dalam serbuan dilakukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang di 28 kawasan panas di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi tiga hari itu membabitkan 246 siri serbuan hasil risikan dan maklumat awam.

"Jumlah tangkapan direkodkan dalam Op Tapis Khas kali ini adalah yang tertinggi dan tahanan pula berusia antara 15 hingga 62 tahun.

"Seramai enam pengedar dadah juga berjaya diberkas dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ramli berkata, tangkapan melalui operasi itu juga menyaksikan 434 daripadanya adalah lelaki dan 13 lagi adalah perempuan.

Katanya, seramai 14 suspek yang disenaraikan sebagai orang dikehendaki turut diberkas dalam serbuan berkenaan.

"Kita juga merampas 48.75 liter air ketum dalam operasi kali ini dengan 30 daripada yang ditahan dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan air ketum ini.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 4 tahun atau denda sehingga RM4,000," katanya.

Beliau memberitahu, banyak serbuan dilakukan di kawasan Felda kerana Pahang memiliki 112 tanah rancangan, dan sejumlah besar daripadanya dicemari aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Bukan bermakna kita sengaja memilih untuk melakukan serbuan di felda, cuma kebetulan negeri Pahang banyak (Felda), jadi bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, kita tumpu di sana," katanya.

Dalam Op Tapis Khas itu, polis berjaya merampas 122.33 gram dadah jenis syabu, 109.50 gram heroin, 72.96 gram pil Yaba, 11.76 gram Erimin 5 dan 48.75 liter air ketum.

Semua bekalan dadah ini dipercayai diperoleh dari sempadan tanah air dan Lembah Klang.

Turut disita ialah wang tunai berjumlah RM11,250 dan lima kenderaan yang dianggarkan bernilai RM56,000.

Ramli turut meminta kerjasama pemimpin setempat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), supaya dapat terus bersama polis dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah yang sudah berlanjutan di negara ini sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan atau aktiviti penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat itu ke pusat kawalan operasi Kontinjen Pahang di talian 09-505 1999. – Getaran, 1 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad