web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penipuan VTL, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan Segera - PEMAS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 3:50PM

Dayalan menunjukkan laporan polis dibuat di IPD JBS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Satu penipuan berhubung penjualan semula Tiket Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat dikesan berlaku, menyebabkan ratusan rakyat Malaysia di Singapura menjadi mangsa.

Pengerusi Persatuan Pekerja Malaysia Di Singapura Negeri Johor (PEMAS), S Dayalan berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penipuan tersebut, melibatkan rakyat Malaysia yang terdesak untuk pulang ke tanah air dari Singapura.

Menurut beliau, aduan tersebut diterima lebih sebulan lalu membabitkan penjualan harga tiket berlipat kali ganda.

“Harga tiket yang asalnya adalah 15 dolar Singapura itu dijual kepada rakyat Malaysia yang terdesak, dengan harga antara 100 hingga 200 dolar Singapura sekeping.

“Saya terima ratusan aduan daripada rakyat Malaysia di Singapura yang menyatakan mereka ditipu pihak ketiga kononnya boleh mendapat tiket VTL untuk pulang ke Malaysia pada tarikh diingini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini, hari ini.

Dayalan berkata, selepas membayar sejumlah wang yang diminta, mereka hanya mengetahui tiket berkenaan adalah palsu apabila pihak berkuasa Singapura memeriksa senarai nama pengembara yang dibenarkan pada hari terbabit.

“Perkara ini bukan perkara kecil kerana ramai rakyat Malaysia ditipu, lebih-lebih lagi mereka yang berasa terdesak untuk pulang atas pelbagai sebab, seperti melawat saudara mara atau ibu bapa yang tidak sihat atau yang meninggal dunia,” katanya.

PEMAS katanya, turut mempersoalkan mengapa jumlah pengembara yang pulang tidak memenuhi kuota ditetapkan iaitu sekitar 1,000 pengembara sehari sedangkan tiket dikatakan telah habis terjual.

“Difahamkan, dua syarikat bas diberikan kuota 500 tiket sehala setiap hari, bermakna 1,000 tiket untuk perjalanan dua hala dan kuota berkenaan habis dibeli.

“Namun, maklumat yang kami terima dianggarkan hanya 200 lebih pengembara pulang dari Singapura setiap hari, jadi baki yang lebih itu ke mana perginya, adakah ada pihak berkepentingan di situ,” soalnya.

Sehubungan itu Dayalan berkata, pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan segera dengan turut meminta bantuan pihak berkuasa negara jiran sekiranya dalang penipuan tiket VTL itu turut membabitkan warganegara Singapura sendiri. - Getaran, 1 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 8 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 55 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad