web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SESB Laksana Operasi Bersepadu Banteras Kegiatan Penyambungan Haram

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 7:22PM

Anggota SESB membawa keluar wayar yang berjaya dirampas dari perkampungan berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Lebih 500 kilogram wayar hasil daripada penyambungan haram di dua buah perkampungan setinggan dirampas dalam Operasi Bersepadu Penyambungan Haram, pagi tadi.

Operasi yang dilaksanakan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Air dan Jabatan Perkhidmatan Awam itu bertujuan membanteras aktiviti penyambungan haram tenaga elektrik yang boleh membahayakan nyawa penduduk.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor yang mengetuai operasi berkenaan berkata, usaha membanteras aktiviti ini dijalankan bagi melenyapkan bahaya yang wujud akibat dari sambungan elektrik yang tidak mengikut piawaian.

Katanya, aktiviti penyambungan haram ini bukan sahaja membahayakan nyawa, tetapi turut menyumbang kepada kemalangan seperti kebakaran.

“Pelaksanaan operasi ini juga bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada penduduk bahawa SESB memandang serius aktiviti ini yang boleh diklasifikasikan sebagai aktiviti jenayah,” katanya.

Menurut Idris, kegiatan penyambungan haram di daerah Lahad Datu telah menyebabkan kerugian sekitar RM800,000 setahun kepada SESB.

Bagaimanapun, katanya, kerugian bukanlah fokus utama SESB kerana ia lebih berpusat kepada faktor keselamatan.

“SESB akan memperkenalkan sistem kad prabayar untuk pengguna di kawasan penempatan setinggan yang layak bagi membanteras aktiviti ini.

“Inisiatif ini sedang dalam proses memuktamadkan prosedur dan tatacara pembekalan ke kawasan setinggan di seluruh Sabah,” katanya.

Pelaksanaan sistem ini jelas Idris, akan membolehkan SESB mengawal cara penyambungan elektrik agar keselamatan penduduk lebih terjaga. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

Forceparkbois Sedia Gegarkan Lapangan Muzik Dunia

2

Semasa 5 tahun yang lalu

Lebih 100,000 Pengguna Di Sabah, Labuan Alami Gangguan Elektrik

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad