web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Forceparkbois Sedia Gegarkan Lapangan Muzik Dunia

"Jika anda tiada musuh, anda tiada karakter." Forceparkbois mengajak semua memegang kuat pada prinsip dan pendirian diri dengan 'Public Enemy'.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 6:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Forceparkbois kini tidak asing lagi dalam lapangan muzik tempatan malah turut menjadi bualan hangat ramai peminat hip hop baru-baru ini.

Ternyata tahun 2021 merupakan tahun emas buat mereka, lebih-lebih lagi apabila single, ‘Lotus’ berhasil mencuri perhatian bintang rap Korea Selatan, Jay Park. 

Apa yang mengagumkan, Jay Park bersama para rapper daripada label muziknya H1ghr Music telah mengeluarkan adunan semula lagu hit tersebut dengan pembuka kata ‘Apa khabar, it’s Jay Park’.

‘Lotus’ yang dilancarkan pada bulan Februari lalu berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di YouTube serta lebih 4 juta penstriman di Spotify.

Untuk pengetahuan semua, single ini mempamerkan kehebatan penulisan lirik setiap ahli Forceparkbois. 

Nukilan lirik ‘Lotus’ yang jelas membawa mesej liberalisasi, ditulis dengan teliti agar dapat menarik dan mengajak para pendengar untuk mengejar apa yang dihajatkan.

Selain itu, Forceparkbois juga berpeluang mengeluarkan single pertama bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia berjudul ‘Sheessh Flow’. 

Ini merupakan satu kebanggaan buat mereka dan ianya petanda bahawa bakat tempatan mampu terbang tinggi tanpa mengira usia dan pengalaman.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa lagi yang bakal didendangkan oleh mereka, bukan?

Kembali untuk mencipta fenomena dalam dunia muzik, Forceparkbois kini mempertaruhkan buah tangan terbaharu mereka berjudul, ‘Public Enemy’. 

Sama seperti angin yang bertiup kencang, ‘Public Enemy’ mempunyai rentak rancak yang catchy bahkan mampu membuat anda melompat serta terangguk-angguk mengikut irama tanpa sedar.

Penulis mengaku sejak mendengarnya, lagu ini sering terngiang-ngiang di telinga.

Mengulas mengenai ‘Public Enemy’, Forceparkbois berkata, “Kami mengambil serius tentang kualiti muzik yang dipertaruhkan. Bait-bait lirik juga memberikan makna yang berharga buat kami.

“Satu pesanan buat mereka di luar sana, jika anda tiada musuh, anda tiada karakter.”

Video muzik untuk lagu ini yang diarahkan oleh pereka fesyen terkenal, Shahrin Bahar ini turut menampilkan personaliti radio terkemuka Malaysia, Haniff Hamzah.

“Kami mahu mewujudkan suasana sebuah rancangan bual bicara ala Jimmy Fallon dan David Letterman untuk mempamerkan bakat dan persona Forceparkbois.

“Disebabkan mereka mempunyai 11 ahli kumpulan, kami ingin menciptakan satu konsep yang dapat menggambarkan setiap watak dan personaliti mereka,” kata Shahrin.

Dalam perkembangan lain, kedai konsep tempatan, Crossover juga tampil berkolaborasi bersama HipHopDX Asia bagi menghasilkan sebuah koleksi kapsul yang diinspirasikan oleh single ini. 

Koleksi edisi terhad yang direka oleh 33.3 studio ini terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-t dan hoodie dan kesemuanya didatangkan dalam bungkusan eksklusif yang diilhamkan piring hitam

Berkongsi lanjut mengenai koleksi tersebut, Jem selaku wakil Crossover berkata, “Ini adalah cara kami menyokong bakat tempatan serta memupuk semangat generasi muda untuk terus mengejar impian mereka. Ini kerana mereka adalah masa depan kita semua.”

“Apabila salah seorang ahli kumpulan ini memberitahu saya dia pernah bekerja secara sambilan di Crossover, saya terpanggil untuk membuat sesuatu. 

“Sudah tentu, taruhan kali ini lebih luar biasa. Lebih-lebih lagi dengan lagu yang hebat disertakan dengan koleksi baju menarik dan video muzik yang bertaraf dunia,” kata Eddy Lim selaku wakil HipHopDX Asia. 

‘Public Enemy’ boleh didengar di semua platform penstriman muzik seperti Apple Music dan Spotify. - Getaran, 24 Disember 2021

Gambar: Warner Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemuda Benar Kereta Dipandu Budak Bawah Umur Boleh Didenda RM50,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Premis Kerajaan Di JB Terima E-mel Ancaman Bom - Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN