web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 100,000 Pengguna Di Sabah, Labuan Alami Gangguan Elektrik

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 7:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 113,965 pengguna di beberapa lokasi di Sabah dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik susulan berlaku belantik serentak di beberapa penjana kuasa bebas  (IPP)  di Sepanggar di sini lewat petang semalam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata jumlah pengguna terjejas itu melibatkan 18 peratus daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang itu. 

Beliau berkata gangguan elektrik itu melibatkan beberapa lokasi tertentu di bandar seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tuaran, Pitas, Keningau, Semporna, Sandakan dan Labuan.

"Gangguan bekalan yang lebih besar berjaya dielak apabila sistem perlindungan grid yang beroperasi secara automatik berfungsi dengan berkesan.

Kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat bermula pukul 7.43 malam dan pulih sepenuhnya pada pukul 9.39 malam," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini malam ini.

Beliau berkata satu pasukan penyiasat telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca utama kejadian itu dan kaedah-kaedah mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

SESB Laksana Operasi Bersepadu Banteras Kegiatan Penyambungan Haram

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad