web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelantan Terendah Ambil Dos Penggalak, ‘Pakat Gi Cocok Deh’ - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 5:46PM

Khairy Jamaludin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelantan merekodkan pengambilan dos penggalak paling rendah, iaitu sebanyak 22.7 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi dewasa di negeri tersebut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, situasi itu amat merunsingkan apatah lagi katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri tersebut semakin penuh.

“Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster (Sekarang Kelantan paling rendah ambil dos penggalak).

“Ambo (saya) runsing, ICU sana koho penuh (ICU sana semakin penuh). Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin dan booster (Saya minta sangat rakyat Kelantan pergi cucuk vaksin dan ambil dos penggalak),” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau turut merayu rakyat negeri itu supaya mendapatkan pelalian tersebut dengan segera.

“Kementerian Kesihatan (KKM) saye ore Kelate, pakat gi cocok deh (KKM sayang orang Kelantan, tolong pergi cucuk  (vaksin) ya,” katanya.

Menerusi data dalam COVIDNOW, secara keseluruhannya Kelantan sudah memberikan sebanyak 2,298,896 dos suntikan vaksin.

Daripada jumlah berkenaan, 1,020,322 sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 1,005,200 lagi lengkap dua dos vaksin.

Selain itu, hanya 281,219 penerima sudah mengambil dos penggalak.

Setakat semalam, Kelantan mencatatkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) paling tinggi iaitu sebanyak 94 peratus dengan 34 daripada 36 katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 sudah digunakan.

Sementara itu, Khairy berkata, Sabah turut menjadi negeri kedua terendah mendapatkan dos penggalak iaitu sekitar 24.8 peratus diikuti Perlis (36.1 peratus) manakala Terengganu pula sebanyak (39.5 peratus).

Katanya, Lembah Klang mencatatkan pengambilan dos penggalak tertinggi iaitu 87.8 peratus diikuti Melaka (74.2 peratus), Negeri Sembilan (74 peratus), Sarawak (73.8 peratus), Pulau Pinang (71.5 peratus) dan Johor (70.5 peratus).

“Selain itu, lebih 50 peratus populasi dewasa di Labuan dan Perak sudah menerima dos penggalak setakat semalam.

“Di Kedah dan Terengganu pula, sebanyak 43.2 peratus dan 39.5 peratus penduduk dewasa di negeri itu sudah mendapatkan pelalian tersebut,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad