web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peralihan Ke Fasa Endemik Perlu Dibuat Berhati-Hati - Agong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 12:01PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peralihan Malaysia menuju ke fasa endemik COVID-19 perlu dilaksanakan secara berhati-hati, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka bertitah Malaysia berada di kedudukan ke-13 dari 122 negara dalam indeks pemulihan COVID-19 Nikkei Asia dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98 peratus populasi dewasa.

Titah Seri Paduka sebagai langkah pertahanan menghadapi penularan varian baharu, rakyat diseru mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.

“Bagi memastikan imuniti kekal pada tahap optimum dan sebagai benteng dalam menghadapi varian baharu, beta menyeru agar rakyat beta untuk mendapatkan dos penggalak menerusi program yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Walaupun negara kini semakin bersedia untuk beralih ke fasa endemik, beta berharap agar peralihan ini dilaksanakan secara berhati-hati,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menyokong Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan dan tindakan afirmatif kerajaan untuk mengurangkan harga kit ujian kendiri sebagai langkah pengukuhan tindakan kesihatan awam dan pemerkasaan komuniti.

“Melalui pendekatan ini, pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial boleh direalisasikan secara selamat,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut menghargai Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) termasuk strategi pembangunan vaksin sendiri, sebagai usaha meningkatkan kesediaan negara mendepani pandemik dan ancaman wabak lain pada masa hadapan.

Selain itu, Seri Paduka juga menyambut baik Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental 2020-2025, yang dirangka bagi menangani isu kesihatan mental rakyat terutama yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pelbagai langkah intervensi dan bantuan.

“Beta menyeru kepada rakyat beta supaya terus memelihara kesihatan termasuklah kesihatan mental dan sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat bagi menjayakan matlamat agenda nasional ‘Malaysia Sihat’,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah menyokong aspirasi kerajaan untuk merakyatkan sains dan menginsankan teknologi kerana pembudayaan sains melalui inovasi sosial bakal melahirkan modal insan yang bersifat altruistik dalam menangani isu kemiskinan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Beta berharap kerajaan akan terus memperkukuh program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi dalam bidang keutamaan termasuk kecerdasan buatan, robotik, bio-sains dan angkasa,” titah Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 minit yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad