Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


40 Kematian Baharu COVID-19, Kedah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 11:14AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 17 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,674 dengan 6,690 daripadanya adalah kes BID.

Kedah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Johor (5), Pulau Pinang (5), Perak (4), Sabah (4), Kelantan (3), Pahang (3) manakala dua di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Negeri Sembilan dan Terengganu pula masing-masing merekodkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Sarawak, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 300,692 kes aktif dilaporkan dengan 288,980 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,495 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,864 lagi sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 353 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 193 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 22,710 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 101,136 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 58,455 dos penggalak, 42,144 dos pertama dan 537 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,749,085 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,948,424 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

Semasa 1 hari yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

oleh Wartawan Getaran