web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


18 Pemancing, Kru Bot Karam Di Perairan Langkawi Ditemukan Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 8:13AM

Kesemua pemancing dan kru ditemui selamat. - Gambar ihsan Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pemancing dan kru yang dilaporkan hilang di perairan Langkawi selepas bot dinaiki mereka disyaki karam petang semalam ditemukan dalam keadaan selamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata kesemua mangsa diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan.

“Alhamdulillah pada 11.45 malam tadi, kesemua 18 pemancing dan kru bot yang karam itu telah dapat diselamatkan oleh nelayan tempatan sekitar 3 petang di kira-kira 10 batu nautika barat Pulau Singa Besar.

“Kapal Maritim Tenggol dan juga Bot Penyelamat 5 yang juga berada di lokasi kejadian telah memindahkan atau mengambil semua 18 pemancing dan kru tersebut untuk dibawa ke jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut, Langkawi,” katanya dalam sidang media malam ini.

Beliau berkata dua pemancing mengalami kecederaan iaitu seorang mungkin patah kaki manakala seorang lagi cedera sebelah di tangan kiri.

“Alhamdulillah, 16 lagi pemancing dan kru lain didapati sihat. Bagaimanapun, kita akan melakukan ujian kesihatan untuk mereka,” katanya sambil menasihati orang ramai yang ingin melakukan aktiviti di laut supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan memastikan kelengkapan keselamatan serta komunikasi mencukupi sebelum berbuat demikian.

Terdahulu, tekong utama Syed M Hidayat Syed Mohd Bakhir, 33, berkata bot itu sebenarnya membawa 13 pemancing dan dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru.

Beliau bagaimanapun tidak turun ke laut dan telah digantikan dengan orang lain.

“Saya dapat berhubung dengan seorang kru selepas insiden itu dan dia memaklumkan mereka selamat selepas terapung selama enam jam di dalam laut apabila bot dinaiki karam pada 2 petang.

“Mereka kemudian diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang berada di kawasan itu dan kini dalam perjalanan ke Maritim Malaysia Langkawi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata bot itu keluar ke laut dari Langkawi pada Khamis dan sepatutnya pulang pada Sabtu.

Bagaimanapun, kru itu memaklumkan cuaca buruk telah menyebabkan ombak besar membadai bot tersebut menyebabkan ia hampir karam dan dimasuki air.

“Bot tersebut mempunyai satu unit telefon satelit yang boleh digunakan pada saat kecemasan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

4

Semasa 3 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad