web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Polis, Agensi Lain Keluarkan Kompaun Pada Pasangan Kekasih Di Cheras

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 10:12AM

Huzir Mohamed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bukit Aman menafikan mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada pasangan kekasih yang sedang makan di Cheras, kelmarin, seperti tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pasangan kekasih terbabit sudah pun dipanggil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam, untuk memberi keterangan.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan mendapati pasangan itu bukan dikompaun polis sebaliknya oleh sepasukan pegawai penguatkuasa dari sebuah agensi kerajaan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan agensi penguatkuasa terbabit.

"Pasangan itu dikesan memuat naik kenyataan mereka dikompaun semasa sedang makan selain kecewa dengan tindakan penguatkuasa yang dianggap mengeluarkan kompaun secara salah dan tidak masuk akal.

"Hasil siasatan mendapati bukan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengeluarkan kompaun berkenaan sebaliknya satu pasukan penguatkuasa dari sebuah agensi kerajaan," katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, pada masa ini pihak polis sudah merakam keterangan pasangan terbabit bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan meneliti kes berkenaan selain merujuk dakwaan pasangan itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berperanan sepenuhnya atas kompaun yang dikeluarkan," katanya.

Terdahulu pasangan itu memuat-naik situasi kejadian yang berlaku di mana mereka mendakwa masih memakai pelitup muka semasa membuat pesanan pada jam 11.14 pagi, kemudian menanggalkan pelitup muka sebaik minuman mereka dihidangkan pada jam 11.16 pagi.

Pada jam 11.37 pagi, mereka didatangi sekumpulan 10 pegawai semasa makanan dan minuman berada di atas meja sebelum pegawai terbabit mengarahkan mereka mengeluarkan kad pengenalan untuk tindakan kompaun. – Getaran, 15 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad