web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Babitkan Semua Parti Politik Bincang Kad Khas PATI Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 9:05PM

Hamzah Zainuddin bersama Hajiji Noor (kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) di KDN, Putrajaya, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Semua parti politik di Sabah perlu dipelawa ‘duduk semeja’ untuk membincangkan cadangan pemberian kad khas kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri berkenaan.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christoper Mandut berkata, langkah itu harus dilakukan sebelum kerajaan memuktamadkan keputusan berhubung perkara terbabit.

“Apa jua dokumen akan diberikan kepada golongan (PATI) ini perlu diteliti daripada setiap sudut kerana ia membabitkan isu sensitif, Perlembagaan dan kedaulatan negara.

“Saya menegaskan Pemuda PBS tidak akan duduk diam sekiranya tiada perbincangan secara mendalam dilakukan pihak berkaitan,” katanya.

Christoper Mandut
Christoper Mandut

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung cadangan kerajaan untuk memberikan kad khas kepada PATI di Sabah.

Dalam pada itu, Christoper menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang memaklumkan tiada sebarang keputusan dibuat mengenai cadangan tersebut.

Terdahulu, Hamzah memaklumkan kerajaan sedang mempertimbang untuk mengeluarkan kad warga asing kepada golongan itu yang sudah menetap lama di Sabah.

Menurutnya, pengeluaran kad itu dicadangkan kerajaan Sabah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun, ia mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk pimpinan parti pembangkang dan kerajaan di negeri berkenaan.

Antara pihak terbabit adalah Ketua Pemuda Parti Pertubuhan Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang yang menjelaskan tindakan Hamzah itu bercanggah dengan manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 lalu yang memberi jaminan pengusiran PATI jika parti berkenaan memenanginya. - Getaran, 25 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad