web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Geng Gurun Aktif Pecah Rumah, Babitkan Nilai Barangan RM520,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 9:03PM

Mohd Zaidi (tengah) menunjukkan barang rampasan Geng Gurun.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali Geng Gurun yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar daerah ini dan beberapa kawasan lain, sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kumpulan itu ditumpaskan selepas penahanan tiga ahli dan ketuanya awal bulan ini.

Menurutnya, geng itu diketuai lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Gurun, Kedah dan dianggotai dua lelaki warga asing serta lapan lelaki warga tempatan berusia antara 32 hingga 64 tahun.

“Mereka aktif melalukan jenayah pecah rumah sejak enam bulan lalu dan terlibat dalam 19 kes pecah rumah di Kota Kinabalu, termasuk dua kes kecurian peti besi serta sepucuk pistol.

“Jumlah keseluruhan barang kemas, wang tunai, telefon pintar, beg berjenama, komputer riba dan barangan lain hasil aktiviti kecurian itu mencecah RM520,000,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, geng itu turut terbabit dengan tiga kes pecah rumah di Tuaran dan masing-masing dua kes di Kota Marudu serta Penampang.

“Kita berjaya mengesan pembabitan geng ini menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa yang membawa kepada penahanan suspek di sekitar daerah ini.

“Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada rampasan di tiga buah kedai emas atau pajak gadai di Kota Kinabalu, Kota Belud dan di rumah suspek,” katanya.

Beliau berkata, susulan penahanan ketua dan tiga ahli geng itu, polis memberkas dua individu di Ampang, Selangor yang bertindak sebagai pembeli barangan curi.

Katanya, modus operandi geng itu adalah melakukan pengintipan ke atas rumah mewah di sekitar daerah berkenaan.

Selepas yakin rumah berkenaan tidak berpenghuni, katanya, mereka akan memecah masuk ke lokasi itu dengan melompat pagar dan mengumpil pintu atau tingkap.

“Barangan dicuri ini kemudian dilupuskan dengan cara dijual di kedai pajak gadai, selain dihantar ke pembeli di Ampang menggunakan syarikat penghantaran.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi memberitahu, majoriti suspek itu memiliki kesalahan lampau antara empat hingga 10 kes, membabitkan jenayah pecah rumah, samun dan penyalahgunaan dadah.

“Ada antara kes itu sudah dijatuhkan hukuman, manakala terdapat antaranya sedang dalam proses perbicaraan,” katanya.

Selain daripada empat suspek ini, jelasnya, polis masih mengesan enam ahli geng terbabit.

“Justeru, kita meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung suspek yang masih bebas,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad