web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kontak Rapat Terima Dos Penggalak, Tiada Gejala, Tidak Perlu Kuarantin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:37PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Mac ini, kontak rapat pesakit COVID-19 yang tiada gejala tetapi sudah menerima suntikan dos penggalak, tidak perlu menjalani kuarantin.

Begitu pun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu tersebut masih perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga daripada tarikh terakhir mereka terdedah kepada kes positif berkenaan.

“Sekiranya ujian dijalankan itu negatif, individu ini boleh melakukan urusan seperti biasa.

“Bagi mereka yang positif pula perlulah melaporkannya menerusi aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Jelas Khairy, bagi individu sudah lengkap divaksinasi tetapi belum menerima dos penggalak, mereka perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.

“Bagaimanapun, bagi individu yang tiada vaksinasi atau tidak lengkap divaksinasi, perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.

“Bagi individu di bawah 18 tahun yang lengkap vaksinasi pula, perlu menjalani kuarantin lima hari, manakala mereka tidak lengkap atau tiada vaksinasi, harus kuarantin selama tujuh hari,” katanya.

Menurut Khairy, individu lengkap vaksinasi dan dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari, tidak perlu menjalani kuarantin.

Sebelum ini, individu didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Bagi individu sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan protokol baharu itu adalah satu langkah persediaan negara untuk beralih ke fasa endemik.

“Ia satu langkah ke arah endemik walaupun kita belum sampai ke fasa itu lagi.

“Tapi dengan kadar liputan vaksin tinggi dan dos penggalak yang semakin meningkat, Kementerian Kesihatan (KKM) merasakan berdasarkan penilaian risiko, ini adalah satu dasar yang boleh diperkenalkan ketika ini,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan