web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Panah Anjing, Dua Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 10:16PM

Salah seorang dari suspek yang imejnya dirakam oleh kamera litar tertutup.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dua lelaki berusia 30-an dan 20-an ditahan polis dalam serbuan berasingan hari ini, kerana dipercayai terlibat bertindak kejam memanah seekor anjing liar, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, suspek pertama ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah di Darul Aman Height, Jitra.

Katanya, beberapa barangan turut dirampas iaitu dua busur panah, satu tabung anak panah berwarna hitam dan 21 anak panah.

“Suspek kedua ditahan sejam selepas itu di tepi jalan di Kampung Hilir, Kepala Batas dekat sini.

“Tiada barangan dirampas dari suspek kedua,” katanya.

Tindakan kejam lelaki tersebut mendapat kecaman orang ramai setelah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu, tular di media sosial sejak semalam.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku sekitar jam 4.21 pagi hingga 5.26 pagi, Khamis lalu.

Mengulas lanjut Ahmad Shukri berkata, kedua-dua suspek tidak memiliki rekod lampau manakala ujian urin dijalankan mendapati keputusan keduanya adalah negatif.

“Kedua-dua mereka akan diserahkan kepada Jabatan Veterinar negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 45 Akta Binatang 1953. - Getaran, 14 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anjing Liar Ancam Nyawa, PBT Digesa Segera Bertindak

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad