web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Patuhi Undang-Undang Penjualan RTK, Penalti Sehingga RM1 Juta Menanti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 1:53PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan peniaga diberi amaran agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan kit ujian pantas Antigen COVID-19 (RTK) bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, lambakan kes harian COVID-19 mutakhir ini mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap RTK dalam pasaran.

“Peniaga yang dikesan melakukan kesalahan berhubung perkara itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

“Mereka juga boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta oleh atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat pula, boleh didenda hingga RM2 juta, jika sabit kesalahan,” katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, KPDNHEP memberi jaminan bekalan RTK Antigen COVID-19 adalah mencukupi bagi menampung permintaan tempatan ketika ini.

Jelasnya, berdasarkan statistik penguatkuasaan dan pemantauan yang dijalankan setakat ini, terdapat kira-kira 18 juta unit kit ujian kendiri itu di pasaran.

“Sejumlah 8,084 premis runcit turut diberi kelulusan menjual RTK diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).

“Sebanyak lapan pengilang yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK di Malaysia, telah mengeluarkan sejumlah 4.306 juta unit RTK hingga bulan ini,” katanya.

Malaysia jelas beliau, telah mengimport sejumlah 2.34 juta unit RTK dari tujuh negara dan jumlah keberadaan RTK tambahan dalam pasaran hingga penghujung Februari ialah sebanyak 6.647 juta unit.

Katanya, aduan berhubung kekurangan bekalan RTK menunjukkan peratus amat rendah iaitu tiga, bermula 1 Januari sehingga semalam.

Katanya, julat harga RTK di pasaran adalah antara RM4.90 hingga RM19.90 buat masa sekarang, dengan 80 peratus dijual bawah RM10 seunit.

“Sehubungan itu, KPDNHEP menasihati pengguna agar tidak panik dengan situasi yang berlaku ini dengan membuat pembelian melebihi keperluan, dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran RTK yang tidak mendapat kelulusan MDA.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan salah laku peniaga berhubung bekalan dan harga RTK, boleh mengemukakan aduan berserta butiran lengkap melalui WhatsApp ke nombor 019-279 4317 dan di portal aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my,” katanya. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad