web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Baharu COVID-19 Menurun Kepada 26,832

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 2:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26,832 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, satu penurunan berbanding 28,825 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,221,680.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 26,764 kes tempatan dengan 68 pesakit dilaporkan mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 18,230 atau bersamaan 67.94 peratus. Sebanyak 8,469 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 66 kes iaitu 0.25 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (38) serta kategori 5 (29),” katanya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 133 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 29 kes iaitu 21.80 peratus tidak divaksinasi atau belum melengkapkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 75 pesakit sudah menerima dua dos vaksin manakala 29 lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 62 kes berumur 60 tahun ke atas, 47 mempunyai komorbiditi manakala enam lagi membabitkan ibu hamil.

“Kira-kira 11 kes iaitu 0.04 peratus meninggal dunia termasuk enam kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan 15 kluster baharu di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 500 kluster yang masih aktif di negara ini.

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan sebanyak 6,719 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebanyak 261 kes iaitu 98 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 163 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 139 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, terdapat 18,459 kes sembuh direkodkan setakat semalam.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 2,937,655,” katanya. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran