web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gaduh Akibat Cinta, Polis Terima 2 Laporan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 8:42AM

Polis terpaksa mengawal keadaan susulan kekecohan yang berlaku di perkarangan Jabatan Kecemasan HRPB, di Ipoh, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Buntong di sini yang kedua-duanya mempunyai kaitan, sehingga tular dalam media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kes pertama adalah mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam di satu kawasan di Buntong sehingga menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HRPB.

"Punca kejadian disyaki perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.

Beliau berkata kes kedua diterima pada pukul 12.20 tengah malam semalam di HRPB melibatkan sekumpulan lelaki yang ingin menghantar mangsa yang cedera (dalam kes pertama) ke hospital dan berlaku perselisihan faham dengan pengawal keselamatan hospital kerana terlalu ramai ingin masuk ke kawasan zon kecemasan.

Mior Faridalathrash berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan sampai ke tempat kejadian dan mengawal keadaan serta kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menurutnya, polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kedua-dua kes berkenaan.

Mior Faridalathrash berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan ASP Fadli Ahmad menerusi talian 019-2500019.

Beberapa video dalam media sosial tular memaparkan pergaduhan oleh sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan sehingga sebuah kereta dilihat merempuh pekarangan hospital tersebut. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja