web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembukaan Sempadan Dimuktamad Selepas KKM Bentang Cadangan Ke Kabinet Mac

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 8:33PM

Ismail Sabri (empat dari kiri) menyampaikan replika cek kepada koperasi pada Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan pandangannya berhubung pembukaan sempadan negara pada awal atau pertengahan Mac kepada Kabinet sebelum keputusan itu dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan sama ada kerajaan akan membuka terus pintu masuk negara atau sebaliknya, bergantung kepada penilaian bakal dilakukan berdasarkan pandangan itu.

Katanya, kerajaan harus membuat pertimbangan seimbang sebelum melaksanakan langkah itu kerana tidak semua rakyat dapat menerima hakikat bahawa mereka perlu hidup dengan COVID-19.

“Berbagai-bagai cadangan dan pandangan mengenai pembukaan sempadan ini, termasuk daripada rakyat.

“Ada yang berani kata boleh buka sempadan sebab kita tahu satu hari memang sempadan akan buka, kita perlu hidup bersama virus ini.

“Tetapi, ada juga tidak berani menerima hakikat dan minta kerajaan kawal pergerakan dan sebagainya, sebab itu perlu ada pertimbangan sewajarnya.

“Keseimbangan itu yang sedang dicari KKM dan kita beri tempoh dua ke tiga minggu untuk mereka bentang dalam Kabinet supaya kita dapat buat keputusan sama ada buka terus sempadan atau masih kekalkan sekatan kepada negara tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang membuka laluan khas kepada pekerja Johor yang kini berada di Singapura untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Ismail Sabri berkata, perkara itu perlu melihat kepada peraturan semasa negara berkenaan.

“Kalau boleh memang kita nak rakyat bebas balik mengundi kerana dari segi demokrasi setiap rakyat berhak untuk mengundi, tetapi mereka berada di Singapura dan terpaksa mematuhi peraturan serta undang-undang negara berkenaan.

“Tetapi kalau pintu ditutup kerana faktor kesihatan dan Singapura ada peraturan tertentu yang menyukarkan rakyat kita balik, kita kena patuh kerana ini juga membabitkan negara mereka,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan prosedur operasi standard (SOP), termasuk kebenaran mengadakan kempen secara bersemuka pada PRN Johor.

“Kerajaan tidak campur tangan dengan sebarang tindakan dilakukan SPR yang juga sebuah badan bebas. Kita tunggu sahaja pengumuman SPR.

“Saya pasti sebelum mereka umum SOP untuk PRN Johor, mereka akan berbincang dengan KKM,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad