web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berpakaian Wanita, Beraksi Tak Senonoh di Laman Istana, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 7:59PM

Kedua-dua suspek berpakaian wanita dan merakamkan gambar dengan aksi kurang sopan di hadapan Laman Mahkota, Istana Bukit Serene.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki yang berpakaian wanita dan merakamkan gambar dengan aksi kurang sopan di hadapan Laman Mahkota, Istana Bukit Serene di sini, ditahan polis hari ini.

Warga tempatan berusia 24 dan 27 tahun itu, masing-masing ditahan antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di kawasan sekitar Taman Nusa Bestari serta Johor Bahru Selatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan itu dibuat susulan muat naik daripada pemilik akaun Facebook bernama Bryan Wee dan Deacon Chai yang memaparkan dua lelaki berpakaian wanita serta bergambar kurang sopan di hadapan laman istana itu.

“Gambar itu dimuat naik semula pentadbir Facebook Persatuan Bangsa Johor.

“Susulan perkongsian ini, kita (polis) berjaya menahan dua lelaki tempatan di dalam gambar berkenaan dan mereka akan direman untuk siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Kedua-dua individu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana saringan awal ujian air kencing dijalankan ke atas mereka menunjukkan positif ketamin,” jelasnya.

Pada masa sama, Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial bijak dan berhemah.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan platform terbabit untuk memuat naik sebarang imej atau maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran atau keresahan awam, selain mampu menggugat keharmonian negara.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. - Getaran, 18 Februari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad