web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Semakin Menular, 11 Sekolah Di Melaka Ditutup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 4:33PM

Datuk Rais Yasin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebanyak 11 sekolah di negeri ini ditutup selepas berlaku penularan COVID-19 dalam kalangan warganya, sehingga menyaksikan 1,258 pelajar dijangkiti virus berkenaan.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kesemua sekolah itu ditutup antara lima hari hingga tujuh hari oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), bergantung kepada tahap penularan.

Katanya, sekolah itu terdiri daripada 10 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Melaka Tengah serta Jasin.

“Sehingga semalam, jumlah kes membabitkan pelajar dijangkiti COVID-19 adalah seramai 1,258 orang, namun setakat ini tiada kes kritikal dilaporkan.

“Isu penularan COVID-19 di sekolah sentiasa diberikan perhatian penuh dan amat dititikberatkan Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka (JPTNM),” katanya.

Sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yu Ning, SK Paya Redan, SK Batu Berendam, SK Pulai, SK Chinchin, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, SK Duyung, SK Bukit Rambai, SK Taman Bukit Rambai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah.

“Walaupun sekolah ditutup, sesi kelas diteruskan menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana penting untuk memastikan kelangsungan pendidikan.

“Pastinya JPTNM akan memantau dan memastikan keberkesanan pembelajaran golongan itu bagi mengelakkan keciciran,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka juga mengarahkan pengurusan sekolah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk memantau penjarakan sosial dalam kalangan pelajar semasa aktiviti persekolahan.

Sementara itu, Rais memaklumkan, data terkini menunjukkan seramai 18,167 murid berumur lima hingga 11 tahun di negeri berkenaan sudah menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak.

“Tidak dinafikan wujud peningkatan kes, namun peratusan itu masih rendah kerana baru mencapai 18.5 peratus daripada 98,200 jumlah keseluruhan pelajar,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 22 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad