web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


70 Peratus Murid SK Tidak Hadir Terima Vaksin - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 3:42PM

PICKids mensasarkan 3.6 juta kanak-kanak mendapat vaksin bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dibendung. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70 peratus murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pinang tidak hadir menerima vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) sekolah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di Twitter berkata, ia berbeza dengan senario di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang menyaksikan ketidakhadiran pada kadar lima peratus.

“Laporan pelaksanaan #PICKids PPV Sekolah di lapangan di sebuah SJKC di Pulau Pinang hanya 5 peratus murid tidak hadir untuk vaksinasi.

“Di SK berdekatan 70 peratus tidak hadir untuk vaksinasi. Ini realiti di lapangan. Terima kasih kepada ibu bapa yang melindungi anak anda,” katanya hari ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini dipetik sebagai berkata, pihaknya  telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membolehkan 1,055 buah sekolah rendah dijadikan PPV sejak Isnin lepas.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bermula pada 3 Februari lalu dan diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang didaftarkan oleh ibu bapa mereka secara sukarela.

Program yang menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak itu bertujuan untuk memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dibendung, sekali gus mengelak kluster dalam kalangan murid.

Setakat Selasa, seramai 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Walaupun ramai ibu bapa yang tampil mendaftarkan anak masing-masing, masih ada ragu-ragu untuk berbuat demikian dan antara negeri yang mencatatkan rekod terendah ialah Kelantan, Melaka serta Sabah.

Khairy sebelum ini berkata, vaksin tersebut merupakan cara terbaik untuk melindungi kanak-kanak daripada COVID-19 dan komplikasi yang lebih teruk sekiranya dijangkiti. – Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran