web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Siasat Dakwaan Anak Khairy Disuntik Angin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 3:05PM

Dr Noor Azmi pada sidang media di PPV bagi PICKids di HRPZ II di Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyiasat secara terperinci berhubung klip video tular yang mendakwa anak kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hanya menerima suntikan angin dan bukan vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya mengesahkan anak bongsu Khairy itu menerima suntikan imunisasi terbabit.

“KKM akan memperhalusi dan membuat siasatan berhubung perkara itu, namun daripada apa yang saya tengok menerusi video berkenaan, anak beliau sememangnya menerima suntikan vaksin.

“Saya mengesahkan anak beliau menerima suntikan vaksin dan begitu juga dengan Khairy. Kalau tidak percaya kita boleh panggil orang yang memberi suntikan untuk mengesahkan perkara itu. Mana boleh KKM nak menipu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja rasmi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 17 saat tular di laman sosial Facebook memaparkan anak bongsu Khairy, Raif menerima suntikan vaksin COVID-19 yang didakwa sekadar mengandungi angin dan cecairnya dibuang sebelum disuntik ke lengan kanak-kanak itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata, pihaknya menerima lapan aduan berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) COVID-19 dialami kanak-kanak.

“Lapan kes berkenaan masing-masing membabitkan lima kes dan dua kes di Sarawak serta Sabah, manakala satu diterima menerusi aduan daripada ibu bapa di aplikasi MySejahtera. Kesan dialami ini hanya bengkak, merah dan sakit di tempat suntikan.

“Aduan itu hanya 0.006 peratus daripada keseluruhan jumlah kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin sehingga semalam, iaitu sebanyak 246,868 orang,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad