Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PICKids, 7 Peratus Populasi Kanak-Kanak Divaksin Setakat Semalam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 10:48AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 246,869 atau tujuh peratus daripada populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini, sudah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19, sehingga semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, hasil dapatan kajian klinikal vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) menunjukkan, keberkesanan vaksin itu adalah sebanyak 90.7 peratus dan berupaya meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap virus COVID-19.

“Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.

“Berdasarkan data terkini KKM, tempoh sela masa ditetapkan antara dua dos itu akan memberi tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan lebih tinggi, selain berpotensi memberikan perlindungan lebih lama,” katanya.

Berdasarkan data laman web COVIDNOW pula, sebanyak 13,486,823 atau 57.3 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dos penggalak COVID-19.

Manakala, sebanyak 22,939,377 individu atau 97.5 peratus sudah lengkap vaksinasi serta 23,216,096 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Data COVIDNOW juga memaklumkan, sebanyak 2,796,605 individu atau 89.9 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi, manakala 2,877,213 atau 92.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 154,776 dos vaksin diberikan mencakupi dos pertama (42,374), termasuk 39,749 untuk PICKids, selain 1,657 dos kedua dan 110,745 dos penggalak.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), meningkat kepada 65,356,763 dos. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pihak Fitnah, Serang Agong, Institusi Diraja Akan Didakwa, Dipenjara - PM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

Semasa 17 jam yang lalu

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

Semasa 1 hari yang lalu

Kerja Alih, Pindah Kubur Di Selat Klang Ditangguh Seminggu – Amirudin