web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


270,000 Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Dijangkiti COVID Antara Julai - Disember

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 9:04PM

PICKids yang bermula pada 3 Februari menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 untuk mendapatkan vaksin COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 270,000 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti COVID-19 antara Julai dan Disember tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, seramai 63 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah meninggal dunia akibat COVID-19 manakala kajian daripada 14 hospital kerajaan di seluruh negara mendapati 174 kes sindrom keradangan berbilang sistem pada kanak-kanak (MISC) telah dikesan.

“(Daripada jumlah itu) 56 peratus atau 100 kes MISC berlaku pada kanak-kanak dalam lingkungan umur lima hingga 12 tahun dan empat peratus kematian…kanak-kanak boleh terjejas teruk (oleh COVID-19) dan kanak-kanak telah dibawa ke mana-mana.

“Prosedur operasi standard (SOP) telah dilonggarkan, orang ramai melancong, berkelah atau ke pusat beli-belah dengan membawa anak-anak mereka dan kini anak-anak kembali ke sekolah (namun), semua orang telah divaksinasi kecuali kanak-kanak,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program ‘The Nation’ terbitan Bernama TV yang disiarkan hari ini.

Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) berkata adalah penting untuk kanak-kanak diberi vaksin kerana mereka berisiko mendapat komplikasi akibat COVID-19 iaitu MISC yang menyebabkan keradangan dan komplikasi kepada pelbagai organ dan COVID-19 jangka panjang.

PICKids yang bermula pada 3 Februari menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 untuk melindungi golongan itu daripada jangkitan COVID-19.

Ia juga bertujuan memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dibendung sekali gus mengelakkan kluster dalam kalangan murid.

Setakat semalam, seramai 206,748 atau 5.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad