web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


22,133 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Majoriti Kategori 2

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 4:45PM

22,133 kes COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 3,083,683 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 menunjukkan sedikit peningkatan apabila 22,133 kes dilaporkan hari ini berbanding 21,315 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 3,083,683 kes.

Katanya, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 16,156 atau bersamaan 73 peratus.

“Selain itu 5,831 kes atau bersamaan 26.34 peratus pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 102 kes iaitu 0.46 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (24) serta kategori 5 (20),” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pesakit COVID-19 boleh dikategorikan kepada kategori 1 hingga 5.

Kategori 1 bagi pesakit tidak bergejala, kategori 2 yang mempunyai gejala tanpa radang paru-paru.

Bagi kategori 3, pesakit ada gejala dan jangkitan kuman dalam paru-paru atau pneumonia.

Kategori 4 pula pesakit menghidap pneumonia teruk dan memerlukan oksigen manakala kategori 5, pesakit kritikal dengan pelbagai komplikasi organ.

Kebiasaan pesakit yang dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU) adalah kategori 4 atau 5, iaitu keperluan oksigen mereka lebih daripada biasa dan memerlukan pemantauan lebih rapi. - Getaran, 15 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad