web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gelandangan Dibunuh Dan Dibakar, Mayat Ada Kesan Tikaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 2:13PM

Anggota polis mengusung mayat gelandangan yang ditetak dan dibakar di sebuah bangunan pawagam lama di Simpang Kuala, Alor Setar hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ditetak dan dibakar, itu nasib menimpa seorang gelandangan yang mayatnya ditemui di tingkat satu sebuah pawagam lama di Simpang Kuala, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. S. Suresh Kumar berkata, kejadian itu disedari orang awam yang terlihat kebakaran di premis tersebut dan melaporkannya kepada pihak bomba kira-kira jam 7 pagi.

"Bersandarkan pemeriksaan pada tubuh si mati, kami dapati terdapat kesan tetakan pada muka dan tangannya.

"Selepas menetak mangsa, suspek dipercayai menelangkupkan sofa serta tilam di atas tubuh mangsa lalu membakarnya. Perbuatan itu dipercayai bagi memastikan mangsa tidak terlepas dan terbunuh," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Setakat ini identiti mangsa belum dapat dipastikan, tetapi dia dipercayai berusia antara lewat 40-an hingga 50-an.

Pisau yang ditemui di sekitar bangunan pawagam lama dekat Simpang Kuala, Alor Setar.
Pisau yang ditemui di sekitar bangunan pawagam lama dekat Simpang Kuala, Alor Setar.

Tambahnya, susulan kes tersebut, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 59 tahun yang juga seorang gelandangan, di kawasan berhampiran kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Kami turut menemui sebilah pisau di kawasan berhampiran, namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada senjata itu digunakan dalam kejadian tersebut.

"Suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, namun kita belum dapat memastikan jika kes ini mempunyai kaitan dengan dadah. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya.

Mayat gelandangan ditemui di dalam bangunan pawagam lama di Simpang Kuala, Alor Setar.
Mayat gelandangan ditemui di dalam bangunan pawagam lama di Simpang Kuala, Alor Setar.

Mengulas lanjut Suresh Kumar berkata, hasil maklumat menyatakan bangunan lama tersebut sememangnya menjadi tumpuan golongan gelandangan untuk berehat dan bermalam.

“Pihak polis juga menemui pelbagai barangan di situ termasuk pakaian serta botol arak murah.

"Bersandarkan situasi di lokasi kejadian, kes ini mungkin boleh dilakukan oleh seorang individu saja atau paling ramai pun dua orang. Tetapi yang pasti, ia bukan insiden berkumpulan melibatkan elemen kongsi gelap dan sebagainya," katanya.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. -Getaran 15 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 42 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran