web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Umrah Batal Pemergian Terima Saguhati, Kredit Terus Ke Akaun TH

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 4:23PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyalurkan pembayaran saguhati sebagai tanda prihatin terhadap jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron bermula 8 Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, mesyuarat terkini antara pihaknya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kewangan Malaysia dan Tabung Haji (TH) memutuskan bahawa pembayaran saguhati hanya dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH jemaah bagi memudahkan urusan.

“Untuk makluman semua, MOTAC telah menyerahkan senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati kepada TH. Daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

“Pengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022,” katanya.

Menurut beliau, semua jemaah yang masih belum membuka akaun simpanan TH diminta segera berbuat demikian sebelum 18 Februari.

“Jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik,” katanya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, individu yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran.

“Selepas pendaftaran, mereka akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan TH.

“Para jemaah yang terkesan akan dilayan, serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.

“Saya juga telah memaklumkan kepada pihak TH supaya segala tuntutan pembayaran ini akan dipermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan yang besar terhadap tuntutan ini.

“Semoga semua urusan para penerima dipermudahkan oleh Allah SWT,” ujarnya. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

2 tahun yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad