web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Malaysia Ambil Langkah Cermat Sebelum Isytihar Endemik - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 7:25PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil langkah cermat sebelum mengambil keputusan mengisytihar pandemik COVID-19 sebagai endemik di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia termasuk memastikan kes COVID-19 di Malaysia, terutama melibatkan kemasukan ke hospital ketika ini tidak terus meningkat secara mendadak.

“Kita sedang memantau negara lain seperti Sweden dan Denmark… pada pandangan saya, mungkin mereka terlalu awal isytihar pandemik COVID-19 tamat kerana seperti di Denmark, mereka isytihar COVID-19 bukan satu ancaman kepada kesihatan awam tetapi kes hospitalisation meningkat dengan mendadak.

“Sebab itu saya dan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah) pilih kita lebih berhati-hati… ada yang kata pendekatan kita konservatif dan ada kata terlalu konservatif, tetapi bagi kami, lebih baik bergerak dengan selamat daripada menyesal kemudian nanti,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan program Mass Urology Surgery Initiative di Hospital Selayang hari ini.

Jelasnya sekiranya dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini gelombang Omicron kurang memberi kesan kepada peningkatan kemasukan pesakit ke hospital dengan kebanyakan kes menunjukkan gejala ringan, mungkin kerajaan lebih yakin untuk beralih ke fasa endemik.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy berkata walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) tidak panik dengan penularan Omicron, namun pelbagai intervensi kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan.

Katanya langkah itu bagi melindungi mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai komorbiditi dan golongan kanak-kanak daripada mendapat kesan serius pelbagai varian COVID-19.

Beliau turut menyeru pihak hospital melakukan vaksinasi ‘opportunistic’ bagi meningkatkan pengambilan dos penggalak COVID-19.

“Keengganan mendapatkan dos penggalak ketika ini tinggi, jadi kalau mereka (pesakit) datang ke hospital dan sebagainya, mereka perlu percaya dengan kata-kata doktor.

“Jadi, tanya mereka - dah dapat dos penggalak belum, periksa jika mereka (pesakit) ada sejarah alahan dan yakinkan mereka untuk mengambil dos penggalak kerana saya nak liputan dos penggalak kita melebihi 70 peratus dewasa, baru kita rasa selesa sikit nak menghadapi Omicron.

Menurut Khairy beliau merayu kepada masyarakat agar mengambil dos penggalak ini bagi memastikan mereka terus mendapat pelindungan yang lebih berkesan.

“Saya rayu, ambil booster (dos penggalak) kerana dos primer adalah sebagai perisai, namun semakin hari perisai semakin nipis, jadi nak kena tambah ketebalan perisai itu sikit supaya kita dapat berdepan dengan musuh,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad