web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbukti Lebih Berkesan, Penerima Sinovac Disaran Ambil Dos Penggalak Pfizer, AZ

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 3:27PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengambilan dos penggalak heterologous (campuran) Pfizer atau AstraZeneca (AZ) berupaya memberi perlindungan lebih tinggi daripada jangkitan COVID-19, berbanding dos ketiga jenis sama bagi penerima vaksin primer Sinovac.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Negara (NIH), Dr Kalaiarasu M Peariasamy berkata, walaupun individu mengambil suntikan dos ketiga Sinovac, tahap peneutralan antibodi terhadap varian Omicron adalah lebih rendah.

“Data global dan Malaysia secara konsisten menunjukkan bahawa selepas dua dos Sinovac, dos penggalak Pfizer atau AZ lebih berkesan daripada dos ketiga Sinovac.

“Dan walaupun terdapat peningkatan, titer peneutralan antibodi adalah lebih rendah,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Pharmaniaga Berhad yang mendakwa keberkesanan yang rendah bagi dos penggalak jenis heterologous bagi penerima vaksin primer Sinovac terhadap varian Omicron.

Menurutnya, fakta dikemukakan syarikat farmaseutikal itu tidak tepat dan terdapat tafsiran salah ke atas bukti kajian sedia ada.

Dr Kalaiarasu berkata, di Malaysia, kajian Keberkesanan Dunia Sebenar Vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), menggunakan data dari 21 November 2021 hingga 7 Januari lalu bagi membandingkan kadar jangkitan dalam kalangan penerima dos penggalak dan individu yang hanya melengkapkan vaksinasi primer.

“Kajian itu melibatkan analisis terhadap 13 juta penduduk yang sudah menerima vaksin primer Pfizer dan Sinovac.

“Hasil kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk dijangkiti COVID-19 menurun sekurang-kurangnya 90 peratus bagi individu yang menerima dos penggalak, berbanding mereka yang hanya menerima dua dos lengkap vaksin primer,” katanya.

Justeru, Dr Kalaiarasu berkata, selaras dengan bukti dan gelombang Omicron yang sedang berlaku, Kementerian Kesihatan (KKM) terus mengesyorkan Pfizer atau AZ sebagai penggalak pilihan untuk penerima vaksin Sinovac.

“Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menasihatkan negara yang merancang pemberian dos penggalak agar mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk produk vaksin sedia ada dalam negara.

“Vaksin jenis mRNA atau Viral Vector boleh dipertimbangkan untuk digunakan sebagai dos penggalak dalam kalangan penerima vaksin jenis Inactivated,” katanya.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, seramai 12,926,703 atau 55.2 peratus individu berusia 18 tahun ke atas di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan, 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac masih belum mendapatkan dos penggalak dan berisiko terdedah kepada jangkitan varian Omicron.

Malah katanya, golongan tersebut kini boleh menerima jenama vaksin sama sebagai dos penggalak berikutan keengganan segelintir penerima vaksin itu, mendapatkan vaksinasi dos campuran Pfizer dan AZ. - Getaran, 11 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad