web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Mudah Percaya Khidmat Perubatan Estetik, Periksa Terlebih Dahulu - KKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 3:25PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan yang menawarkan perkhidmatan perubatan estetik, bagi mengelakkan sebarang kemudaratan atau kesan sampingan berbahaya.

Pengarah Bahagian Amalan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Mohd Azman Yacob berkata, perkhidmatan perubatan estetik hanya boleh diberikan oleh pengamal perubatan bertauliah di premis yang berdaftar atau berlesen di bawah KKM.

Menurut beliau, pengamal perubatan itu perlu memiliki ‘Letter of Credentialing & Privileging of Aesthetic Medical Practice’ (LCP), sebelum dibenarkan untuk menjalankan prosedur perubatan estetik seperti pembedahan plastik (termasuk rhinoplasty, alarplasty, liposuction, kelopak mata blepharoplasty dan sebagainya), suntikan Botox dan Filler, Laser, High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) dan lain-lain.

“Pengamal perubatan dengan LCP ini akan tersenarai dalam Daftar Kebangsaan (National Registry of Registered Medical Practitioner Practising Aesthetic Medical Practice) yang boleh dicapai melalui pautan https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2118,” katanya hari ini.

Dr Azman berkata, semua pengamal perubatan berkenaan bagaimanapun hanya dibenarkan memberi perkhidmatan perubatan estetik di premis yang berdaftar atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Senarai premis tersebut boleh disemak melalui pautan www.medicalprac.moh.gov.my,” katanya.

Orang ramai tegas beliau, perlu mengelak daripada mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik, khususnya prosedur invasif yang ditawarkan di rumah (door to door), hotel, spa/salun kecantikan atau premis lain.

“Prosedur ini berpotensi untuk menyebabkan komplikasi kesihatan, kecacatan serta kematian kepada pelanggan jika dikendalikan oleh individu yang tidak berkelayakan.

“Prosedur perubatan estetik juga mempunyai senarai kontraindikasi yang hanya boleh dikenal pasti oleh pengamal perubatan sahaja,” ujarnya.

Kebelakangan ini, banyak aduan diterima melibatkan pelanggan yang berdepan kesan sampingan teruk, selepas membuat rawatan kecantikan di pusat tidak berdaftar atau dilakukan oleh individu tanpa tauliah.

Bagi mengelakkan perkara itu terus berlaku, KKM tegas Dr Azman, akan terus memantau dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas individu yang melakukan kesalahan undang-undang dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Pihak KKM juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Majlis Perubatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan sebagainya.

“Sebarang aduan berkenaan perkhidmatan perubatan estetik boleh disalurkan kepada [email protected] atau [email protected],” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik