web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Polis Pastikan Tiada Cubaan Halang Keluar Undi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 3:00PM

Kamarul Zaman (tengah) ketika sidang media di IPK Johor, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan memastikan tiada sebarang cubaan mana-mana pihak yang mahu menghalang pengundi daripada keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, orang ramai yang menerima sebarang ugutan dengan tujuan menghalang mereka keluar mengundi juga diharap tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Kepada pengundi, jika ada menerima dapat ugutan daripada mana-mana pihak yang menghalang anda keluar mengundi, jangan gentar, sila buat laporan polis.

“Kita mahu pilihan raya negeri ini berjalan dalam keadaan aman dan damai. Pasukan dari Bukit Aman juga akan turun membantu bagi memastikan tidak ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak yang ingin menghalang pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) di sini, hari ini.

Kamarul Zaman memberi jaminan, proses perjalanan PRN Johor itu akan berjalan lancar berikutan pertambahan jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas sepanjang tempoh pilihan raya.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kita menugaskan kira-kira 11,000 pegawai dan anggota.

“Kita akan menambah bantuan seramai 5,000 lagi anggota bagi mencapai jumlah kekuatan itu dan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh pilihan raya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan berkaitan dengan perjalanan PRN dan masih menunggu SOP yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sekiranya kita ada menerima aduan, kita akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

“Jika ada pelanggaran SOP juga, kita akan siasat dan akan mengenakan kompaun berkaitan,” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad